Museum

Museum Premium: Muzium Alat Kebesaran Diraja

€5.50 Purchase
QR code

Museum info

About the museum

Muzium ini ada tiga tingkat. Bangunan ini tiada kemudahan untuk pengguna kerusi roda.

Salah satu muzium terbesar di Brunei pada masa ini ialah Muzium Alat Kebesaran Diraja yang dibina khas dalam merealisasikan visi negara dan falsafah Melayu Islam Beraja. Muzium ini mempamerkan berbagai jenis alat-alat kebesaran diraja Brunei merangkumi Sultan Brunei pada masa ini. Muzium Alat Kebesaran Diraja terletak di tengah Bandar Brunei, Bandar Seri Begawan.

Muzium ini dibuka secara rasmi pada 30 September 1992 oleh Yang Di-Pertuan Kebawah Duli Paduka Seri Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khari Waddien, Sultan yang ke-dua puluh sembilan sempena majlis Jubli Perak 25 tahun takhta baginda.

Museum ini mempunyai 4 pecahan galeri, iaitu:

1. Galeri Pameran Alat-Alat Kebesaran Diraja mempamerkan alat-alat kebesaran diraja yang digunakan baginda naik takhta pada 1 Ogos 1968.

2. Galeri Pameran Diraja yang mempamerkan secara ringkas sejarah baginda dari zaman kecil baginda hingga baginda naik takhta.

3. Galeri Pameran Jubli Perak yang meraikan 25 tahun baginda memerintah negara pada 5 Oktober 1992.

4. Dan Galeri Pameran Jubli Emas: Lima Dekad Menaiki Takhta memberi fokus kepada sejarah dan perkembangan negara selama 50 tahun dibawah pemerintahan dan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Alamat muzium: Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan BS8611

Waktu buka diubah buat sementara waktu kerana COVID-19

Plan your visit

Exhibits

Exhibits featured with audio

Reviews

No reviews yet

  • No reviews yet. Be the first to review!

Download the free izi.TRAVEL app

izi.TRAVEL app on iOS and Android

Create your own audio tours!

Use of the system and the mobile guide app is free

Create a guide

izi.TRAVEL CMS for creating audio tours