Audio tour

Audio tourBukit Batu Bujang Pahang

2 sights

  1. Audio tour Summary
  2. Audio tour Summary

    Adalah dinasihatkan untuk memuat turun lawatan ini terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian kerana disesetengah kawasan mempunyai rangkaian hubungan yang rendah.  
     
    Terapung di perairan Sungai Brunei, Pulau Berambang merupakan sebuah pulau yang terletak di Kampong Menunggol. Penduduk kampung yang sangat mesra dan peduli diantara satu sama lain berasaskan masyarakat yang bersatu padu. Mempunyai keluasan tanah yang tidak disentuh, tidak hairanlah jika awda boleh menemui laluan pendakian bukit yang menakjubkan di sini. Memperkenalkan, Bukit Batu Bujang Pahang. Bagi penggemar yang suka mendaki dan peneroka pasti tidak akan kecewa dengan kecantikkan alam semula jadi yang tebal dengan kehijauan ini. Mempunyai banyak laluan bagi menuju ke tempat-tempat perhentian yang bersejarah dan menarik, laluan ini juga menawarkan pelbagai peringkat cabaran ketika mendaki. 
     
    Bagi mereka yang berminat untuk mendaki hutan yang berbukit ini, awda perlu menaiki perahu tambang dari mana-mana jeti yang tersedia. Bagi awda yang menggunakan kenderaan darat, awda boleh meletakkanya di tempat letak kenderaan awam percuma berhampiran Balai Bomba Sungai Lampai di Bandar Seri Begawan. Perjalanan bagi menaiki bot sehala yang pantas berharga kira-kira B$1 bagi setiap seorang di mana awda boleh menikmati pemandangan sungai yang tenang sambil awda memecut menyeberangi sungai. 
     
    Jika awda ingin membuat lawatan pakej, awda boleh menghubungi Majlis Perundingan Kampung (MPK) yang boleh menganjurkan lawatan penuh dengan pengangkutan pergi dan balik berserta pengalaman makan tengah hari berasaskan makanan tradisional. Jika awda memutuskan untuk lebih mengembara, awda boleh berjalan kaki dari jeti ke permulaan pendakian Bukit Batu Bujang Pahang kira-kira sejauh 3.5km yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 35 minit hingga satu jam berjalan kaki tergantung pada kelajuan awda. 
     
    Tahap kesukaran: Pertengahan 
     
    Berikut adalah beberapa garis panduan sebelum awda memulakan pendakian menakjubkan awda! 
    - Sila maklumkan kepada MPK sebelum memulakan dan menamatkan pendakian awda. 
    - Mendakilah dengan rakan atau beritahu penjaga awda di mana awda berada sebelum awda bermula. 
    - Sila pastikan awda sihat. 
    - Bawa air botol untuk memastikan diri awda terhidrat. 
    - Pakai pelindung matahari seperti sunscreen, topi atau kedua-duanya! 
    - Bawa wisel jika awda boleh. 
    - Akhir sekali, tolong jangan membuang sampah merata-rata. Jika tiada tong sampah berdekatan, sila bawa sampah bersama awda. 
    Untuk makluman awda, isyarat telefon mungkin lemah pada sebahagian pendakian awda. 

    Untuk makluman awda:
    MPK Kampong Menunggol
    +673 712 2116 (Awang Rasli)
    +673 895 4644 (Awang Hafiz)

  3. 1 Permulaan Laluan Bukit Batu Bujang Pahang
  4. 2 Lubang Arang Batu
  5. 3 Perhentian 3: Lapang
  6. 4 Puncak Bukit Batu Bujang Pahang
  7. 5 Gua Kelawar
  8. 6 Perhentian 4: Batu Berpangkat
  9. 7 Telaga Puteri
  10. 8 Wasai Mailu

Reviews

No reviews yet

Write the first review
A minimum rating of 1 star is required.
Please fill in your name.